Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam - Kami Datang Menggegar!
Bergendang di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam, Selangor merupakan satu kelainan yang mengujakan. Menjelang ke pintu besarnya, tersergam indah gendang raya yang amat besar serta kentong yang bergantungan. Namun tidak pasti sama ada ia boleh digunakan atau tidak, atau hanya sekadar perhiasan semata. Melewati pula perut bangunan yang tersegam indah itu, mata saya segera terpaku pada lukisan, gambar, ukiran dan pelbagai objek yang menyenangkan hati.
Sedar bahawa bukan mudah untuk bergendang di tempat sebegini, saya abadikan beberapa keping gambar untuk tatapan rakan-rakan. Dan juga kedudukan kami bergendang, seakan-akan pentas pertandingan musabaqah mengaji. Pun begitu, kami berterima kasih amat kepada tuan rumah yang menjemput kami bermain di situ. Saya, Cikgu Ramli, Alang, Alif dan Sharul mengisi waktu senggang dengan bunyi-bunyian gendang dan serunai di situ.
Tiba-tiba semangat bermain lagu-lagu Arab melintasi benak. Lagu-lagu seperti Hamayiyamis, Hubbukhdina, Wahiya dan beberapa lagi lagu mula bergema di segenap ceruk bangunan tersebut. Kemudian baharulah disulam dengan lagu-lagu yang selalu kami mainkan. Syukur alhamdulillah, kami seronok amat!

0 comments:
Post a Comment