Tuesday, March 16, 2010

Kembara Ke Bumi Temasik : 30 Jan - 2 Feb 2010 : 2

Hari Kedua

Disebabkan malam sebelumnya kami tidur agak lewat (lebih kurang 2.30/3 pagi), maka hari ini Adi & Fizah datang pun agak lewat untuk mengambil kami. Awal pagi kami dah bersarapan di kedai mamak yang berhampiran. Sebenarnya kalau diikutkan tukaran mata wang, memanglah agak besar sedikit, tapi jika kita adalah penduduk sana, biasa sahaja. Ibarat kalau orang Indon mari ke Malaysia, rasa besarlah duit kita. Semacam je.Dalam jam 2.30 petang, barulah sms Fizah berbunyi di hf Bulat. Awal-awal lagi kami dimaklumkan bahawa pertandingan dikir barat tersebut disertai oleh 30 kumpulan. Memang banyak tu!

Jadi, untuk mengelakkan kebosanan yang panjang, kami diambil jam 2.30, kira okeylah tu, penat semalam baru nak hilang.Setibanya di Sengkang Sport Recreation Centre, wow! Dah macam konsert rock! Ramai benar manusia di situ. Lama sungguh tak tengok orang ramai macam hari tu. Macam hari sambutan merdeka pun ada gak, ramai kemain. Hishh ... Ramai tapi meriah. Seronok saya lihat anak-anak muda di sini memenuhi kawasan ini hanya semata-mata pertandingan dikir barat. Iyalah, kira glamer juga dikir barat ni di Singapura. Saya fikir alangkah bagusnya kira di sini juga begitu, termasuklah untuk seni budaya lain.


Awal-awal lagi tiket sudah dibeli oleh Adi & Fizah, kalau tak naya. Kalau korang nak tau, tiket 400 keping terjual, sold out beb! Tambah teruja sebab kumpulan kawan kami, Adi, Airil, Apai bertanding sekali. Dikatakan salah satu kumpulan CDM ni kira glamer dan ngetoplah di sana. Tak lama kemudian kami masuklah ke dalam dewan, huh tangan haku pun kena cop jugak wey! Hehehe ... takut orang tipu tak beli tiket tapi ngaku beli. Tak apalah. Sewaktu pertandingan dimulakan, mata saya jadi rambang dek warna-warni pakai mereka yang menaiki pentas. Kalau tak percaya, korang tengok gambar-gambar yang saya paparkan di sini. Merelit!

Satu demi satu kumpulan yang bertanding keluar masuk. Hinggalah ke petang, penonton masih tidak berganjak dan semakin penuh di luar dewan. Disamping itu, saya dan Bulat mengambil kesempatan keluar kerana nak terkucil sangat dan mengambil angin. Sempat juga kami bergambar di kawasan sekitar di situ. Wow! Di luar lagi ramai, ada kumpulan yang baru sampai pun ada. Saya dan Bulat cari makan dulu, mujur ada MCD di sebelah dewan, kami pun apa lagi, hentam sajalah.



Menjelang maghrib, pertandingan dihentikan seketika untuk memberi laluan solat Maghrib. Lebih kurang jam 8.30 malam, pertandingan dimulakan semula. Kali ini lebih panas dan mengancam, dikatakan otai-otai pun masuk bertanding juga. Dan bila tiba kumpulan CDM, kami pun turut bersorak memberikan sokongan padu. Hehehe ... kelakar tengok Apai atas pentas, tunduk je, shy2 cat, kata Fizah, tapi kat luar amboi, kemain lagi! Hehehe (jangan marah Apai). Hingga jam lebih kurang 10.30 agaknya, barulah pertandingan habis, itupun 5 kumpulan menarik diri di saat-saat akhir.


Jam 11 malam, barulah keputusan pertandingan diumumkan. Sorak-sorai memenuhi suasana. Gembira, duka, roman wajah saling bersilang. Begitulah adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Bagi kami, malam itu adalah suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan, melihat seni budaya Melayu berkembang mekar di sana adalah suatu pemandangan yang mengharukan. Harap-harap permainan gendang silat aliran ini juga akan berkembang molek di sana hendaknya. Amin.

Bahagian 1 - di sini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP