Thursday, February 25, 2010

Bergendang Lewat Kraftangan 23 Febuari

Khemah A, tempat kami bergendang untuk sesi pertama

Antara pembuatan alat muzik tradisional

Bergendang di khemah D

Sesi menyembang dengan Pak Teh Mid

Bersempena dengan pembukaan Hari Kraftangan Kebangsaan 2010, KGGK telah dijemput oleh rakan dari pasukan gendang Songket Emas (KGSE) untuk turut memeriahkan majlis tersebut. Kebetulan rakan2 KGGK mempunyai korum yang cukup untuk bergendang, jadi ada dua kumpulanlah yang bergendang pada hari tersebut. Tepat jam 1 tgh, kami sudah sampai di sana. Aduyai ... jenuh cari parkir, mujurlah petugas2 di situ membenarkan kami untuk memarkir kereta di bahu jalan dengan tanggungjawab sendiri. Memandangkan situasi parkir agak teruk, kami tawakkal sahaja. Saya, Bulat, Alif dan Veron turun padang dengan pakaian setanjak dan baju layang; memandangkan show kali ini agak besar.


Selepas itu, melilau juga nak cari khemah A untuk bergendang. Kawasan kraftangan saya rasakan semacam makin besar pula selepas kali terakhir mengunjunginya sewaktu rakan saya, Johan Perkusi menjemput saya berlatih bersamanya. Atau mungkin juga banyak khemah2 yang didirikan menyebabkan kami melilau. Tepat jam 2.30 ptg, persembahan bermula. KGGK dan KGSE bermain hingga cukup 1 jam, diiringi oleh DJ kami sendiri yang menerangkan serba sedikit permainan gendang silat kepada umum. Memandangkan jatuhnya persembahan ini pada hari bekerja, jadi tidaklah ramai sangat pengunjung yang hadir.Selesai persembahan, kami menuju ke khemah D pula untuk persembahan yang akan bermula pada jam 4.30 ptg. Kebetulan Pak Teh Mid (anak allahyarham tok guru kami, Tok Baunui) memang ada di khemah E, saya sudah mencarinya sebelum itu tapi tiada di tempat duduknya. Ketika ke khemah E, Pak Teh menegur saya dan mengatakan dia tengah minum dengan Pakku dan Un IB di kafe dan ternampak saya. Kami berbual seketika dan memandangkan persembahan akan bermula, saya terfikir alangkah elok kiranya saya menjemput Pak Teh Mid untuk bergendang selagu dua.

Pak Teh Mid

Dalam pada itu, mujur saya teringat untuk minta tolong adik Wan agar mengambil gambar kami ketika membuat persembahan. Sayang, kedudukan kami membelakangkan cahaya, jadi gambar yang diambil dari hadapan banyak tak jadi. Tapi tak mengapalah, ada juga satu dua yang ok. Selepas sahaja persembahan kami melepak dengan Pak Teh Mid di khemah E untuk bersembang. Hah, tu dia, dah namanya orang bergendang, apa lagi... Siap jamming dan tutoh lagu silat dan banyak lagu jugalah sehingga lewat petang, hampir jam 7. Sambil-sambil itu, kami membelek-belek serunai yang Pak Teh Mid bawa.

Kebetulan pula Un Istana Budaya (IB) ada sekali, dapatlah saya bersembang dengannya setelah perkenalan pertama di ASK pada tahun 2005. Maka, panjanglah boraknya. Un yang dah tak pukul gendang, pun belasah gendang sampai pecah tangan dan berdarah ... hehehe. Begitulah ceritanya kalau orang gendang berjumpa, mesti jamming punya. Yang dah lama tak pukul, sampai pecah tapak tangan.... sekian adanya.

Un IB

Pertama kali membuat persembahan di Kraftangan dahulu. (2002)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP