Pages

Monday, July 16, 2012

Majlis Penangguhan Latihan Gendang KGGK : 14 Julai




Syukur alhamdulillah, sedikit sebanyak dapatlah lagi kami meneruskan tradisi pergendangan silat aliran utara,; yakni majlis penangguhan latihan setiap kali sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Majlis bermula sesudah maghrib. Dimulakan dengan tahlil ringkas, makan-makan dan sesi bergendang.

Dan majlis lebih menarik apabila diserikan dengan kehadiran wakil Dunia Seni Silat Melayu (DSSM). Kemudian, Kump Songket Emas juga hadir menghantar wakil. Alhamdulillah, moga terjalin ukhuwah sesama Islam.

p/s : Terima kasih kepada semua yang hadir. Harap maafkan kami andainya ada kekurangan di dalam majlis yang santai ini. Juga hidangan pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda, ketiadaan nama menyebabkan admin tidak akan menjawab komen anda.