Kampung Malaysia Tambahan. Itulah nama tempat yang kami bergendang baru-baru ini pada 23 Mei 2010. Mula-mula jenuh juga cari, sebab tuan rumah, Encik Imran hanya memberikan alamat dan mohon kami google map. Wah, pening juga. Masing-masing hanya tahu jalan untuk ke sana. Saya pernah pergi ke sana sekali, tapi sudah lama, dalam 2, 3 tahun yang lepas. Selepas itu, tiada lagi.
Jadi, jalan ke sana ingat-ingat lupa. Tapi kami cuba, lalu MRR2 dan ptong jalan ke Balakong. Naik fly over atas (bukan fly over bawah - :), terus sahaja menuju ke tempat yang sepatutnya. Sekali salah daaa ... terpaksa ambil u-turn dan masuk ke kawasan yang sudah terpampang dari jauh Kampung Malaysia Tambahan. Sempat juga bertanya dengan makcik jual kuih di tepi jalan. Alhamdulillah, tidak susah sangatlah, cuma depan sahaja sudah nampak bunting pengantin.
Terus saya hubungi Imran dan kami mengambil tempat. Kelihatan ada grup muzik moden sudah menunggu. Apa-apa hal, syoruuu dulu. Grup muzik moden mengambil tempat dan memulakan persembahan, menjelang jam 1 ptg, kami pula bermain hinggalah 1.30. Menantikan pula pengantin tiba untuk berarak. Cuaca ketika itu panas berdentum, Ya Allah. Dalam hati saya bermohon agar tidak menjadi mudarat apa-apa dek cuaca dan dipermudahkan urusan pada hari itu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tambahan pula kehadiran keluarga pengantin yang sememangnya famili orang seni, Azizul Khamis, Ayati Tasrip, Noraini Mahmud - menggamatkan lagi suasana. Yea! Kami tumpang seronok, dan juga kumpulan kompang kampung tersebut yang mempersembahkan cara yang sedikit berlainan. Kami seronok ... sampai terlupa ambil gambar mereka untuk dipaparkan di sini. :)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda, ketiadaan nama menyebabkan admin tidak akan menjawab komen anda.