Pages

Sunday, February 8, 2009

Bergendang di Annexe - Central Market


Gemala Kasturi di www.gua.com.my


Jemputan pada 32/1/09 yang lepas memang mengujakan. Bermain dalam kelompok yang sangat menghargai seni adalah suatu keindahan yang membahagiakan. Bak sepatah kata seorang ahli kumpulan kami (abg Zizi) "Bahagiaaa..." Hehehe. Perkataan yang selalu digunakan oleh abg Zizi setiap kali dia merasa puas mendengar lagu-lagu irama gendang.

Cuma lewat tengahari itu saya agak cemas kerana ahli gendang (Alang, Amin & Alif) tidak muncul lagi sedangkan giliran untuk bermain sudah agak dekat. Akhirnya entah berapa kali saya menghantar sms pada Alang. Tu, tup ... Alang muncul. Lega hati saya.

Pertama kali jugalah bermain di Annexe, selalu saya dengar sahaja majlis orang buat di situ. Alhamdulillah, persembahan lancar. Lagipun kami cuma bermain 3 lagu sahaja. Lagu silat, Ayam Didik dan Joget Jambu Merah. Maka berakhirlah persembahan pada petang itu. Terima kasih kepada warga Kapasitor kerana menjemput kami bergendang di majlis tersebut.

1 comment:

  1. salam
    plez contact me (ieqa-wartawan seni) at 03-51013341 if anything related to seni activity...tq...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda, ketiadaan nama menyebabkan admin tidak akan menjawab komen anda.