Pages

Thursday, September 18, 2008

Shooting Di Air Terjun Kemensah - 6/12/2006

Ketika itu, atas panggilan Cikgu Dahlan atau lebih mesra kepada kami dengan panggilan Pakcik Dahlan, saya akur demi membantu rakan-rakan persilatan. Tanggal 6/12/2006, bertempat di kawasan rekreasi air terjun Kemensah atau lebih tepat di teratak/chalet Jin Bara (kumpulan Jin Bara tu lah) kami menjalani penggambaran sebagai pengiring kepada rakan-rakan dari aliran perguruan Seni Silat Setia Bakti. Setibanya di sana, mereka mencari kawasan yang sedikit lapang untuk dijadikan medan penggambaran. Seingat saya, itulah kali pertama saya dan rakan-rakan menjalani penggambaran. Dengar khabarnya untuk filem dokumentri itu akan dijual kepada National Geographic, tapi sampai ke saat ini kami tidak menerima sebarang maklumat. Malas nak sebut nama syarikat penggambaran itu yang berjanji hendak memberikan kami sekeping vcd barang satu untuk kenang-kenangan. Senyap begitu sahaja.


Lebih menyedihkan apabila rakan-rakan silat sudah 2/3 hari menjalani penggambaran tersebut. Ada yang sakit-sakit, demam dan sebagainya. Emmm... begitulah pengalaman yang semakin mematangkan kami dalam arena memperjuangkan seni budaya sendiri. Bayarannya tidaklah banyak mana, tapi mengenangkan rakan-rakan, kami turun juga. Walhal penggambaran itu mengambil masa sehari suntuk hingga ke petang. Dan kami balik dalam keadaan agak basah kerana hujan lebat yang mencurah setelah selesai penggambaran tersebut.

Banyak peristiwa lucu yang terjadi, maklumlah kali pertama menjalani shooting. Kadang-kadang terpaksa memainkan lagu silat yang berulangkali kerana babak bersilat terpaksa diulang beberapa kali. Baru saya tahu bagaimana yang dikatakan menjalani penggambaran ini. Cuma saya sedikit kesal dengan sikap penerbit tersebut yang senyap begitu sahaja, apatah lagi mereka melakukan penggambaran 2 lagu silat. Dengar cerita, digunakan dan dimasukkan untuk mengiringi rakan-rakan silat dari aliran lain setelah mereka mengedit filem dokumentari tersebut. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya kami mendapat pengalaman baru dalam bergendang. Betullah apa yang diperkatakan oleh guru kami, Pakcik Din Guai.

"Kalau hang dok lama bergendang ni, hangpa akan berjumpa dengan pengalaman dan orang yang pelek2 macam pakcik pernah jumpa ni dulu." Nah, kata-kaatersebut menjadi kenyataan. Wuallahua'lam. Sesekali saya terfikir apakah permainan gendang tradisi ini tidak punya nilai di mata mereka itu semua? Bergendang di KL ini memang mencabar, berbanding di tempat lain. Ini belum diceritakan ada individu-individu tertentu yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami. Alhamdulliah, selepas dari penggambaran tersebut, kami mendapat pengalaman dan pengajaran baru dalam kamus hidup kami.

Itulah secebis pengalaman kami yang tak seberapa untuk entri kali ini. Sebenarnya sejak dahulu, alhamdullah KGGK banyak mendapat jemputan untuk bergendang, tapi baru-baru ini sahajalah saya beroleh kamera dan dapat merakamkan detik-detik bergendang di kota metropolitan ini untuk dikongsikan bersama mereka yang berminat untuk membacanya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda, ketiadaan nama menyebabkan admin tidak akan menjawab komen anda.