Pages

Thursday, July 19, 2007

Klip Video

Sengaja saya letakkan klip video nobat dan dari luar negara di blog ini untuk menunjukkan betapa peralatan muzik serunai dan gendang bukanlah bertaraf kelas dua. Ianya betaraf profesional dan bersifat antarabangsa. Oleh itu tiada alasan bagi orang Melayu untuk mengatakan muzik gendang dan serunai muzik 'kampungan'. Kebanyakan dari kita memang tidak mengetahui perkara ini dan banyaknya yang saya temui tidak tahu untuk membezakan antara serunai dan seruling. :)

Ada juga yang tidak tahu beza antara serunai dan nafiri. Harapan saya agar blog ini menjadi wadah kefahaman untuk. DIsebabkan itu juga nama pena saya dalam dunia penulisan dimulakan dengan 'serunai'. Sekurang-kurangnya orang kita dengar semula perkataan yang sudah 'terbunuh' dalam kamus pemikiran mereka.

4 comments:

  1. Tahniah atas kemunculan blog ini...teruskan perjuangan menyemarak seni teras budaya bangsa.....

    ReplyDelete
  2. memang pejuang budaya!Ya, sedikit demi sedikit budaya kita sudah kian dimamah raksasa barat, maka kemunculan blog ini suatu perjuangan meski saya tak begitu memperjuangkannya.Teruskan! Cumanya, kenapa berterima kasih kepada saya?Musykil..

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah. Masih ada insan yang terus berusaha untuk "menghidupkan" dan membangunkan JATIDIRI ANAK MELAYU !

    InsyaAllah kita akan bertemu lagi, dalam usaha untuk mempromosikan sesuatu yang telah "dibunuh" selama ini.

    ReplyDelete
  4. Woi adindaku, mengata kanda ke? He he he...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda, ketiadaan nama menyebabkan admin tidak akan menjawab komen anda.