Thursday, July 29, 2010

Trip Ke Batu Gajah, Perak 30 Julai - 1 Ogos 2010

Trip kali ini adalah sebenarnya memenuhi undangan rakan-rakan dari K-GAR (Batu Gajah, Perak) untuk jalan-jalan ke sana. Dengar khabar perkembangan dan sambutan masyarakat terhadap gendang silat amat mengujakan. Insya-Allah kalau tiada apa-apa aral melintang sdr Rizal dari K-GAR akan membawa kami ke sana. Moga-moga selamat pergi dan balik.

Selalu tengok dalam FB, kali ini insya-Allah bersua wajah dan berkenalan. Setakat ni kami cuma mengenali Rizal, Syam, Lan Tarzan. Mungkin ramai lagi yang akan kami kenali kelak, amin.

Read more...

Monday, July 26, 2010

Blog KGAR dan KGLM

Kumpulan Gendang Anak Rimau (KGAR)
Batu Gajah, Perak

Kumpulan Gendang Langgam Mustika - (KGLM)
Singapura

Sila klik banner untuk ke blog mereka.

Walaupun masih baru, tapi sudah berani melangkah ke hadapan, tahniah daripada ahli KGGK. Semoga kalian meneruskan perjuangan memelihara warisan tradisi budaya Melayu. Takkan Melayu hilang di dunia! Insya-Allah, amin. Doa kita agar dapat menjadi leidah penyambung seni lama agar tak luput dek panas, tak lekang dek hujan, insya-Allah.

p/s : Tahniah kepada admin blog yang mereka blog masing-masing.

Read more...

Saturday, July 24, 2010

Nafiri

Gambar Nafiri : Kredit kepada Mohd Fauzi yang mengizinkan kami menyalin semula gambar dari FB untuk paparan umum.

Kali ini KGGK ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang alat muzik tradisi istana yang dipanggil nafiri. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan alat muzik tradisi yang jarang dipertontonkan di khalayak kecuali di muzium. Seperkara lagi adalah untuk memperbetulkan kekeliruan antara nafiri dan serunai. Ya, memang banyak kali ketika meniup serunai atau membuat persembahan gendang, orang bertanya, "Nafiri ya tu?" atau "Huih, sedap betul bunyi nafiri ni." Sedangkan yang ditiup adalah serunai.

Nafiri antara lain adalah alat yang dimainkan dalam kumpulan nobat dan tidak dimainkan dalam mana-mana persembahan muzik tradisi Melayu. Ia khusus hanya untuk kumpulan nobat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.



Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.


Cara Bermain
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.

(sumber artikel disalin dari Malaysiana PNM)

Di sini ada beberapa laman web dan blog di internet untuk rujukan lanjut. :
(Rujukan dan sumber entri).

The Malay Nobat

Kesenian Nobat

Sultan Perak. gov.my

Malaysiana PNM - Nafiri

Video Klip, sila klik di sini.

Read more...

Thursday, July 22, 2010

Persidangan FBI NAA Asia Pasifik ke-13 (18 Julai 2010)

Saya kira ini adalah merupakan persembahan julung kalinya yang melibatkan KGGK di peringkat antarabangsa. Meskipun terdapat banyak sanggahan terhadap persidangan ini, namun KGGK sebagai pemuzik jemputan menganggap ini adalah tugas kami seperti jemputan yang lainnya.

Majlis yang seawalnya kami sudah jangka penuh dengan protokol dan ciri-ciri keselamatan yang ketat. Sebelum dari itu, kami menjalani rehersel di IPK KL. Menurut sumber yang kuat, Dato' Seri Hishamudin sendiri yang meminta dimainkan muzik live bagi mengiringi pesilat dari aliran Lincah. KGGK amat berbesar hati menerima jemputan ini dan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Selain itu, KGGK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada IPK KL, kerana menjemput kami untuk menjadi pemuzik pengiring. Tambahan pula layanan yang diberikan oleh pihak IPK KL amat memuaskan hati kami.

Dan akhirnya kami bersykur kerana majlis mengiringi Dato' Seri dan pesilat Lincah berjalan lancar tanpa sebarang masalah, alhamdulillah.

Read more...

Tuesday, July 20, 2010

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara 1 : 30 - 31 Oktober 2010 (Asas Lagu Berjalan @ Selingan @ Rakyat)


Salam hormat kepada pengunjung blog KGGK. Ada juga sebenarnya permintaan rakan-rakan yang ingin mempelajari gendang silat sama ada melalui emel ataupun yang menelefon. Tetapi mungkin disebabkan oleh komitmen kami dan mereka, jarang sekali dapat tertunai. Ada juga yang datang belajar tapi sekejap sahaja dan kemudian terus hilang, juga disebabkan komitmen dan masa bekerja di bandaraya KL yang tidak mengizinkan untuk menyambung pembelajaran gendang. Tapi apa pun, semuanya ada hikmah.

Abg Azlan Ghanie (majalah Senibeladiri) pula sudah lama bertanya bilakah hendak buat bengkel gendang silat. Namun saya tidak dapat menjawab ketika itu, kerana tidak pasti. Selain itu, PESAKA juga sudah tidak lama menganjurkan bengkel gendang silat. Terakhir, kami pula dijemput mengendalikan bengkel gendang silat pada tahun 2006 di Melaka. Itupun atas inisiatif Pertubuhan Gayung Malaysia, Cawangan Melaka. Kemudian tiada lagi.

Memikirkan begitu, kami berbincang sesama ahli dan mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel ini julung-julung kalinya di bawah anjuran Astaka Villa Aksara (AVA), dengan kerjasama Rumah PENA dan KGGK sebagai tenaga pengajarnya. Sebelum dari itu, kami menelefon guru-guru gendang kami, Pak Teh Mat Khir dan Pakcik Din Guai untuk meminta pendapat dan memohon restu serta izin untuk mengadakan bengkel ini. Alhamdulillah, kami mendapat lampu hijau dari barisan tok guru.

Sedari itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel ini pada 30 - 31 Oktober 2010, selepas raya.

Asas Lagu Berjalan/Selingan/Rakyat

Seterusnya pengisian bengkel diperbincangkan. Lalu kami mengambil keputusan untuk mengadakan kelas asas 'lagu berjalan'. Istilah ini sebenarnya merujuk pada lagu-lagu selingan atau lagu rakyat yang dimainkan ketika latihan atau waktu santai. Contoh lagu adalah seperti Ayam Didik, Tari Selendang, Jong-Jong Inai, Wau Bulan, Ulik Mayang, Berdendang Sayang dan sebagainya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melatih tangan supaya 'hidup'. Setelah dari proses ini, barulah berpindah ke asas Lagu Silat Kedah dan Lagu Patani yang lebih memerlukan kecepatan dan kecekapan tangan untuk memukul.

Bagi serunai pun begitu juga. Lagu-lagu berjalan ini dijadikan sebagai medan latihan sebelum mempelajari lagu silat supaya jari-jari akan terbiasa meniti di atas lubang-lubang serunai. Tambahan pula, irama serunai silat tiada notasi, bahkan ia menggunakan sistem tengok, hafal, ingat dan latih. Jadi, sekiranya terus sahaja belajar gendang silat, mungkin sedikit bercelaru bagi mereka yang tiada asas langsung dalam memainkan peralatan muzik tradisional.

Itulah jawapan kepada mereka yang bertanya kenapa tidak terus belajar lagu silat.

Kenapa Bengkel Gendang Silat Aliran Utara?

Bengkel ini dinamakan sebegitu kerana KGGK memainkan irama silat aliran utara. Memandangkan terdapat pelbagai jenis bunyian gendang silat, jadi kami khususkan kepada aliran utara untuk memudahkan pengenalan bengkel ini. Takut-takut nanti, orang itu ingin belajar gendang silat lain, tengok-tengok lain dari apa yang dicari. Untuk itu, kami jelaskan dahulu bengkel ini dari aliran mana.

Peralatan dan Pemainan

Peralatan gendang, serunai dan gong akan disediakan. Bengkel itu juga nanti akan dibahagikan kepada dua kumpulan, yakni mereka yang ingin belajar gendang dan serunai. Kepada sesiapa yang mahu mempelajari gendang ibu dan anak akan dikendalikan oleh sdr Sharul dan pembantunya, manakala serunai dikendalikan oleh cikgu Ramli dan Khairul.

Penginapan

Pihak AVA tidak menyediakan penginapan bagi perserta yang hadir. Tetapi bagi perserta dari luar KL, terdapat hotel-hotel bajet di sekitar kawasan situ. Nanti akan dimaklumkan di sini.

Kepada yang berminat

Jadi, bagi sesiapa yang berminat bolehlah ke laman blog AVA untuk melihat rinci bengkel yang bakal diadakan kelak. AVA akan menguruskan segala-galanya. Pihak kami hanya akan datang untuk berkongsi ilmu, insya-Allah. Sila klik sini untuk ke laman AVA.

Read more...

Friday, July 16, 2010

Salam Takziah Kepada K-GAR

Seluruh warga KGGK mengucapkan salam takziah kepada rakan KGAR atas pemergian Hj Salleh b. Baharum. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.Kisahnya di sini. Al-Fatehah.

Read more...

Rehersel Di IPK KL

Tanggal 14 Julai 2010, sesi latihan di IPK KL yang melibatkan tenaga dari Persilatan Lincah dan penari budaya dari Muzium Negara. Majlis akan berlangsung pada 19 Julai kelak di Hotel Garden, Mid Valley, insya-Allah. Sempat bergambar di sana untuk kenangan dan rekod KGGK. Terima kasih kepada tuan-tuan dan encik-encik yang menjemput kami dan memberi kepercayaan kepada KGGK untuk mengiringi perarakan masuk VVIP dan Persilatan Lincah yang mempersembahkan seni persilatan.

Read more...

Tuesday, July 13, 2010

Tanjak Warisan Melayu

(sumber dari : Resam Melayu - sila klik sini)


Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.



Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.



Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.



Bentuk, rekaan dan lipatan tanjak





Rekaan tanjak biasanya berkait rapat dengan status sipemakai. Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja. Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan.



Kebanyakan tengkolok sekarang dibuat dari kain songket. Untuk membuat tanjak, kain songket bersaiz 31 x 31 diambil dan dilipat dua kepada bentuk tiga segi bersama kertas keras, sebelum digosok dan dijahit. Untuk membuat bentuk tertentu, dawai atau lidi akan dimasukkan bersama lipatan supaya tanjak terbentuk keras dan cantik pada segi tertentu.



Jenis lipatan tanjak


  • Dendam Tak Sudah
  • Belalai Gajah
  • Setanjak Balung Raja
  • Sarang Kerengga
  • Sekelungsung Bunga
  • Ketam Budu
  • Kacang Dua Helai Daun
  • Solok Timba
  • Mumbang Belah Dua
  • Sekolongsang Bunga
  • Cogan Daun Kopi
  • Balung Ayam
  • Ayam Patah Kepak
  • Pucuk Pisang
  • Buana
  • Sering
  • Getam Pekasam
  • Anak Gajah Menyusu
  • Pari Mudek
  • Lang Menyusur Angin
  • Lang Melayang

Jenis tanjak yang dipakai oleh raja atau sultan negeri (sumber: rajamenangis.blogspot.com).




Dendam Tak Sudah : Tengkolok Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tengkolok yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Lipatannya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Pada bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.




Dendam Tak Sudah : Tengkolok KDYMM Sultan Kedah Darul Aman. Pakaian D.Y.M.M Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan/lipatan baru yang berasaskan kepada lipatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Lipatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Kedah dan Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah pakaian rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak di sebelah kiri, yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.





Dendam Tak Sudah : Tengkolok KDYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian rasmi D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan nke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah negeri.





Sekelungsung Bunga : Tengkolok KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur. Di negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh D.Y.M.M Sultan Pahang. Tengkolok ’Sekelunsung Bunga’ yang diperbuat daripada kain songket yang warna natarnya biru kundang bersulam kencana ini adalah pakaian rasmi yang dipakai D.Y.M.M Sultan Pahang pada masa sekarang.


Walaupun bentuk destar ini agak ringkas dengan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah kelungsung bunga, seperti terdapat perbezaan di antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan destar yang dipakai oleh orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil ’sula’.





Ketam Budu : Tengkolok KDYMM Sultan Kelantan Darul Naim. Destar jenis ini merupakan lipatan yang dipakai oleh D.Y.M.M sultan dan pembesar di negeri Kelantan, perbezaannya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk di bahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia.





Ayam Patah Kepak: Tengkolok KDYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini, adalah pakaian khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat-istiadat melayu, warna adalah unsur penting kerana warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.T.M Raja Muda dan warna hitam untuk D.Y.A.M Raja Di Hilir, Perak.





Dendam Tak Sudah: Tengkolok KDYMM Sultan Perlis. Tengkolok Dendam Tak Sudah digunakan sebagai pakaian rasmi D.Y.M.M. Tuanku Raja Perlis. Warna natarnya kuning muda, manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.





Setanjak Balung Raja : Tengkolok KDYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakaian rasmi D.Y.M.M. Sultan Selangor. Ia dipakai oleh baginda sultan dalam majlis adat istiadat diraja negeri Selangor, seperti istiadat pertabalan, hari keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada tengkolok Balung Ayam dari negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara kerabat negeri Selangor dan Perak.





Belalai Gajah : Tengkolok KDYMM Sultan Terengganu Darul Iman. Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh warna kuning. Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.



Corak



Corak berteraskan tumbuh-tumbuhan jelas pada nama beberapa tanjak seperti Mumbang Belah Dua, Sekelongsong Bunga, Cogan Daun Kopi. Pengaruh haiwan pula terpancar pada nama-nama seperti Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pari Mudek, Lang Menyongsong Angin dan Lang Melayang.



Mengikat tanjak



Cara mengikat tanjak pula bergantung kepada kedudukan orang yang memakainya. Lebih tinggi statusnya, lebih indah dan banyak lipatan kain pada tanjak itu. Kalau raja, penghujung tanjak pasti tinggi dan tajam, iautu melambangkan darjat dan kuasanya. Kalau pendekar, ikatannya lebih kemas dan duduk tegap mencerminkan kegagahannya.



Langkah melipat tanjak



  • Langkah bermula
  • Risik melangkah
  • Risik bertemu
  • Cincin dikembang
  • Lambai kasih
  • Kasih berjawab
  • Kasih bermula
  • Bertemu kasih
  • Gelombang kasih
  • Lambaian kasih

Dengan kepelbagaian cara membentuk dan mengikat tanjak, menggambarkan betapa tingginya daya penciptaan pereka-pereka bentuk tanjak tradisi Melayu. Keindahan dan kesenian reka bentuk tanjak masih terpelihara dengan baik dan utuh meskipun zaman silih berganti dan kepentingannya dalam masyarakat moden sudah berkurangan.



Ulasan buku terpilih.


‘Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih’, oleh Salmah Zainal Abidin.

Pengarang buku ini, Wan Yahaya Abdullah, seorang pendukung seni warisan Melayu telah mendokumentasikan destar dalam pelbagai aspek melalui bukunya berjudul Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih.



Selain sebagai pengarang buku ini, Wan Yahaya juga dikenali kerana kepandaiannya dalam seni mengerus dan seni telepuk. Mengerus ialah suatu kaedah mengilatkan kain songket menggunakan siput supaya benang emasnya sentiasa berseri. Telepuk pula kepandaian menghasilkan bunga-bungaan daripada perada emas yang dilakar di atas kain.



Satu lagi kepandaian beliau ialah mengikat dan menyimpulkan tengkolok dengan lebih seratus cara termasuk yang dipakaikan kepada raja-raja Melayu. Dengan kepandaian dan pengalamannya itu maka buku ini terhasil.



Buku ini membuka gelanggang dengan memperkenalkan maksud dan takrifan destar dan tengkolok serta tempat pemakaiannya. Penghuraian diperkukuh dengan mengutip penjelasan yang terdapat dalam beberapa buku dan kitab lama. Sambil itu beberapa gambar lama, klasik dan berharga dipaparkan sehingga menaikkan semangat dan keindahan tengkolok yang dipakai dengan penuh segak oleh sultan, raja dan hulubalang serta pahlawan Melayu zaman silam.



Wan Yahaya selanjutnya bergerak dengan langkah yang pantas dan tangkas dalam menjelaskan aspek reka bentuk destar. Hampir semua reka bentuk tradisi mempunyai motif, ukiran, pahatan, corak batik dan tenunan serta kelarai anyaman.



Bak menonton seni silat Melayu, dengan gayanya yang mempesona buku ini merakamkan keindahan seni reka bentuk destar Melayu selain menyimpan sejumlah perbendaharaan lama dalam kalimat dan kata bahasa Melayu. Maksud lambang, warna dan corak yang tersirat dalam kesenian pembikinan destar juga dapat difahami dengan membaca buku ini.



Dalam majlis yang dihadiri raja dan sultan, hadirin hanya boleh memakai jenis dan warna destar tertentu sahaja. Pemilihan yang salah akan merosakkan majlis dan dianggap tidak beradab. Destar dipakaikan hiasan dengan tujuan tertentu mengikut kesesuaian jenis kain, warna tanah dan ragam hias yang dikenakan.



Satu lagi seni yang dipaparkan dalam buku ini ialah kaedah mengikat destar dan salah satu yang diberikan ialah cara-cara mengikat destar ‘Dendam Tak Sudah’.



Pemakaian destar tidaklah dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Pemakainya mesti mematuhi beberapa peraturan sesuai dengan bentuknya agar dilihat kemas dan rapi. Maka Wan Yahaya memperturunkan serba sedikit peraturan dalam memakai destar yang betul.



Dalam bab destar dan pemakainya, buku ini memperlihatkan bagaimana destar atau tengkolok dikenakan oleh sultan dan raja di semua negeri di Malaysia selain yang dipakai juga di Sabah dan Sarawak sungguhpun negeri tersebut tidak beraja. Ditunjukkan juga destar sebagai pakaian persilatan Melayu. Dengan terbitnya buku ini, dapatlah kita menatap salah satu ketinggian seni bangsa kita zaman-berzaman.



Buku ini ditulis dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris serta dipaparkan gambar berwarna dan hitam putih yang indah dan amat penting sebagai memberi maklumat kepada pembaca khususnya generasi muda. Dalam bentuknya yang mewah dan berkulit keras buku ini tampak meyakinkan dan memang sarat dengan ilmu pengetahuan tentang destar atau tengkolok.



Sesungguhnya buku ini adalah satu-satunya tinggalan yang amat berharga daripada Allahyarham Wan Yahaya Abdullah untuk tatapan kita dan generasi akan datang. Buku ini kini menjadi sebuah dokumentasi yang baik untuk kita merujuk salah satu subjek yang semakin ditinggalkan dalam kehidupan masyarakat kita memandangkan kurangnya buku tentang destar dalam pasaran. Wasalam.



Sumber:

  1. thestar
  2. Berita Minggu
  3. rajamenangis.blogspot.com
  4. Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih

Read more...

Tanjak Warisan Negeri Sembilan

Memandangkan entri tengkolok ni terlalu panjang, maka saya mengambil keputusan untuk bahagikan kepada beberapa koleksi artikel.

admin
p/s : Kepada mana-mana empunya artikel yang tidak membenarkan ia dipaparkan di sini, sila maklumkan kepada gemalakasturi@yahoo.com. Kami akan memadamkannya serta-merta.

---------------------------------------------------------------------


(sumber asal : Resam Melayu sila klik sini
artikel sebenarn dipetik dari Berita Harian)



Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Kacang Dua Helai Daun. Pasti ramai beranggapan ini tajuk lagu atau album, tetapi hakikatnya inilah kebanggaan rakyat Negeri Sembilan yang merujuk kepada jenis tengkolok atau lebih dikenali sebagai destar.



Keunikan itu bukan saja terletak kepada namanya, tetapi juga perbezaan dan jenis lipatan tengkolok yang menjadikannya amat istimewa. Malah keistimewaannya terus bertahan sehingga membolehkan tanjak warisan itu terus menjadi simbol kebanggaan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman.



Dendam Tak Sudah misalnya, ialah lipatan khas untuk yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Malah apabila baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, destar itu turut menjadi tanjak rasmi Yang Di Pertuan Agong sehingga ke hari ini.



Sudah pasti, rahsia keunikan destar atau tanjak ini terletak kepada pembuatnya yang bukan sekadar berlapikkan pengalaman, tetapi kemahiran, minat serta kreativiti.



Inilah keistimewaan dimiliki Md Isa Md Ali, 72, yang masih gigih meneruskan usaha menghasilkan pelbagai jenis destar tradisional baik bagi kegunaan kerabat diraja, barisan kenamaan dan orang kebanyakan serta butik pengantin sekitar Negeri Sembilan.



Namun, bagi Md Isa, antara pengalaman paling berharganya adalah menghasilkan destar bagi Almarhum Tuanku Abdul Rahman.



“Pengalaman mengambil ukuran kepala Almarhum Tuanku Abdul Rahman bagi membuat destar baginda sememangnya kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat saya. Saya berusia 16 tahun ketika itu dan berkhidmat di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan sebagai Boi (tukang angkat makanan Raja).



“Saya dipanggil mengadap oleh Tuanku Abdul Rahman kerana baginda mahukan saya melipatkan destar Dendam Tak Sudah untuknya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Dendam Tak Sudah adalah lipatan khas untuk Tuanku Abdul Rahman dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan malah apabila baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Pertama, destar itu turut menjadi tanjak rasmi Yang Di Pertuan Agong sehingga ke hari ini



Bercerita pengalamannya ketika bergelar Boi untuk Tuanku Abdul Rahman yang dipanggil ‘Ayah’, Md Isa berkata, rapatnya hubungan dia dan Tuanku menyebabkan baginda tunduk menghulurkan kepala ketika mahu diukur Md Isa.



“Ketika itu memang saya berasa sangat rendah diri dan malu kerana ‘Ayah’ menundukkan kepalanya ke arah saya. Saya sempat tunduk sembah tapi baginda menyergah menyuruh saya cepat-cepat mengambil ukuran,” katanya.



Almarhum juga, kata Md Isa, seorang Raja yang sederhana dan begitu merendah diri sehinggakan baginda akan masuk sendiri ke dapur mengambil makanan jika ingin santap di luar waktu makan.



Mengimbau pengalamannya, Md Isa berkata, dia mahir menghasilkan destar sejak berusia 14 tahun apabila dipanggil Datuk Gajah Mohd Raub supaya datang ke rumahnya di Kampung Sungai Layang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.



Bimbangkan ilmu yang dimiliki tidak diperturunkan kepada sesiapa, Datuk Gajah memanggilnya untuk datang belajar teknik melipat destar Negeri Sembilan.



Datuk Gajah pernah berkhidmat dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah di Istana Seri Menanti sebelum menjadi Tukang Payung kepada Tuanku Abdul Rahman.



“Datuk Gajah juga tukang lipat destar kepada Tuanku Muhammad dan anakandanya, Tuanku Abdul Rahman malah dia antara yang mahir melipat destar di Seri Menanti ketika itu,” katanya sambil leka memasukkan lidi ke dalam songket yang hampir siap membentuk destar.



Selama enam bulan berulang alik dari rumahnya di Bukit Tempurung, Md Isa diajar teknik melipat lima jenis ikatan destar Negeri Sembilan dinamakan Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga, Kacang Dua Helai Daun, Solok Timbo dan Olong Menyongsang Angin.



Menurut Md Isa, Sarang Kerengga dikatakan direka dan dilipat sendiri oleh Almarhum Tuanku Muhammad dan tiada orang lain yang boleh memakainya selain baginda.



“Begitu juga dengan destar Kacang Dua Helai Daun yang menjadi tanjak rasmi bagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selain Dendam Tak Sudah yang turut dikhaskan untuk upacara istiadat istana.



Dipetik dari Berita Harian

Read more...

Sunday, July 11, 2010

Stanjak, Tanjak, Destar, Tengkolok

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
(sumber asal : Seni Rupa Siti)

Ada bezakah antara Tengkolok, destar, tanjak? (sumber di sini)
Ada yang menjawab begini :

Destar ialah kalin lilitan di kepala, semacam tengkolok atau tanjak, yakni:-
.
tengkolok = lilitannya meruncing ke atas, lilitan berlapis (tebal), kainnya bermutu,
.
destar = lilitannya rendah dan nipis.
.
tanjak = lilitannya macam tengkolok, tetapi lebih ringkas dan nipis.


Hari ini entah mengapa saya agak teruja apabila tiba-tiba teringat tentang pemakaian tengkolok Melayu yang penuh dengan unsur-unsur simbolik ni. Jadi, cara yang paling mudah adalah melihat di internet. Seni yang kian lama beransur pudar akan pengenalannya terhadap masyarakat Melayu. Memanglah ramai di majlis perkahwinan pengantin lelaki biasanya memakai tengkolok atau tanjak ini, tapi saya percaya kalau mengikut adat sebenarnya pasti ada banyak perkara yang kita tidak tahu dengan tengkolok. Memandangkan (mungkin ada, tapi saya tidak tahu) tidak ada satu kursus atau bengkel khas pun yang membuka jalan untuk orang ramai mengetahui akan cara-cara membuat atau berhias tentang tengkolok ini.

Pernah seorang rakan memberitahu bahawa ada pembuat tengkolok di Gombak yang memang mahir membuat tengkolok, tapi saya apabila diusha untuk belajar, pembuat itu seakan-akan mahu menyimpan kemahirannya. Atau mungkin juga tidak kena cara usha dia kut? Apa-apa pun kemahiran ini perlulah dikembangkan agar tidak lekang dek zaman. Sementelah pemakaiannya hanya dapat dilihat dalam majlis-majlis tertentu sahaja terutama perkahwinan dan yang melibatkan majlis silat atau istana. Untuk melihat secara umum, pemakaiannya agak terhad dan mungkin menjadi pelik sekiranya kita ke KLCC atau Mid Valley dengan memakai tengkolok; tetapi tidak pada pemakaian cap atau topi yang lebih mesra di kalangan kita masakini. Pakaian orang Melayu sendiri sudah menjadi asing di bumi sendiri!

Apa pun, artikel-artikel di bawah ini hanyalah sesuatu yang cari di internet untuk kita kongsi bersama. Manalah tahu suatu masa nanti, akan ada bengkel atau orang yang sudi mengajar cara-cara untuk membuat tengkolok ini. Semua artikel di bawah ini akan disebut dan diletakkan sumber pautan dari mana artikel ini diambil. Paparan artikel-artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi sahaja, tiada unsur-unsur kepentingan dari segi apa pun kecuali untuk pengetahuan semua.

admin
p/s : Kepada mana-mana empunya artikel yang tidak membenarkan ia dipaparkan di sini, sila maklumkan kepada gemalakasturi@yahoo.com. Kami akan memadamkannya serta-merta.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Maksud Tengkolok - sila klik sini : Pusat Rujukan Persuratan Melayu

----------------------------------------------------------------------------------------------------



Tengkolok

(sumber dari : blog Idris Talu - sila klik sini)

Tengkolok atau destar atau tanjak merupakan pakaian hiasan kepala lelaki Melayu sejak zaman dahulu kala lagi.

Sementara “Tengkolok Diraja” adalah merupakan pakaian kebesaran Raja Raja Melayu yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya oleh Raja Raja Melayu.
Semua kesultanan Melayu menggunakan tengkolok sebagai pakaian hiasan kepala tetapi dengan cara ikatan dan rupa yang berbeda.

CD tentang tengkolok dari Muzium Adat, Kuala Klawang.

Maklumat tentang tengkolok dalam bentuk CD ini penulis beli dari Muzium Adat di Kuala Klawang awal Januari 2010 yang baru lalu.

----------------------------------------------------------------------------------------
Stangan Iseh
(Artikel disalin dari blog asal : Lokan Bertepuk)

Dalam bahasa Kelantan, perkataan ‘ Stange’ atau ‘Stangan’ mempunyai mempunyai dua pengertian, dan tergantunglah kepada ayat yang digunakan.

1. Satu pemahaman di dalam melakukan sesuatu gerak kerja secara berkumpulan (satu tangan)

2. Merujuk kepada singkatan perkataan ‘sapu tangan’ iaitu kain berbentuk empat segi yang ianya boleh dijadikan alat perhiasan kepala atau kegunaan lain.

Dan bagi orang-orang tua kita, kain stangan ni dibahagi kepada dua jenis dengan tiga panggilan..

a) Stangan Air – Kain sapu tangan kecik yang boleh mengesat peloh, menyapu muka dan buat ‘kesat hingus’ untuk mereka yang berair hidung akibat selsema. Stangan air ni juga diguna untuk membungkus batil atau puyok kecik yang telah di isi dengan gula atau beras atau biskut nak bawa gi rumoh orang bekwoh. Stangan air juga dimasuk kedalam poket baju dan dilipat dengan berbagai lipatan untuk dijadikan perhiasan. Tetapi setelah masuknya kain sapu tangan dari luar negeri yang kita dapati di kedai2 hari ini, sapu tangan itu pun dipanggil stangan air juga, walau pun saiz stangan air sekarang lebih kecil dari yang dahulu.

DSC02942

Stangan air – buatan Jawa

b) Stangan Batik – Kain sapu tangan yang berukuran besar sekira2 kain seproh. Oleh kerana termasuk dalam kategori kain batik, maka ia disebut stangan batik.

c) Stangan Iseh – Sebenarnya stangan iseh ini sama dengan stangan batik juga, kerana kedua2nya dibuat dengan corak yang khusus untuk tujuan ini, cuma nama sebutanNya sahaja yang berlainan.

Disebut stangan batek kerana mempunyai corak batik dan panggil stangan iseh kerana kain stangan ini disusun atau dilipat dengan bermacam2 bentuk dan gaya untuk dipakai pada kepala, atau pun dipanggil destar. Daripada bentuk ini pula maka lahirlah nama-nama isehan untuk stangan-stangan tersebut. Bagaimana pun isehan stangan ini tidaklah sehebat iseh membuat tengkolok yang mempunyai berbagai2 nama seperti ayam patah kepak, helang menyongsong angin, balung ayam, pari mudek dan sebagainya, kerana proses membuat tengkolok ini memerlukan masa dan hanya dapat dibuat oleh mereka yang mempunyai kepakaran sahaja. Tidak seperti dengan stangan iseh yang hanya dapat di iseh dalam masa yang singkat sahaja, dan apabila selesai dipakai, isehanNya akan dibuka kembali. Cuma ada la juga nama2 iseh yang biasa disebut, seperti ‘Tanduk bbiri’, ‘Gantang pekasam’ dan aku pun tak tahu sangat pasal nama-nama iseh stangan ni

DSC02943 DSC02948

Stangan Iseh @Stangan Batik Buatan Jawa Kain seprah batik Kelantan

suatu masa dahulu aku memiliki banyak helai stangan batik buatan jawa yang lebih cantik coraknya drpd ini, tp telah aku beri kepada kawan aku untuk dia buat penyelidikan bagi menyiapkan tesis phd beliau dalam bidang batik. Lo ni aku nak mintak balik tak tegamok doh la, huhuu…

Pada pendapat aku, kain stangan iseh ini mempunyai dua versi, iaitu versi Jawa (yang dibuat di jawa) dan versi Kelantan (yang dibuat di Kelantan) dan kalau tak silap aku di sana orang memanggil dengan nama ‘kain ikat kepala’ . antara kedua2 versi ini, aku berpendapat bahawa kain stangan iseh dari jawa lebih dahulu dipakai oleh orang2 Kelantan berbanding dengan kain stangan iseh buatan Kelantan. Walau pun dikatakan perusahaan batik di Kelantan bermula pada abad ke 19, tetapi corak batiknya bukan seperti yang terdapat pada kain stangan iseh ini, tetapi ia lebih kepada corak kain pelangi. Pada tahun ‘20an barulah dibuat batik jenis ni, tu pun lebih menjurus kepada kain batik sarong jah dulu.

Di dalam buku ‘Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Jld.I’, ms 128 ada tertulis semasa Abdullah Munsyi di Kelantan, beliau ada menyebut tentang gambaran tentang Raja Bendahara. “Maka adalah sifat orangnya itu sahaya lihat, mukanya bulat, tiada tinggi tiada rendah, dan tubuhnya gempal2, dan kulitnya putih kuning, dan dipakainya kain bugis hitam, tiada berbaju, dan sapu tangannya batik bang”. ‘Batik bang’ bererti ‘batik merah’’. Aku rasa batik ni memang di bawa masuk dari jawa doh sebab di jawa pun pakai istilah ni jgk, saperti Batik Bang-bangan adalah merah berdasr putih, Bang biru adalah berwarna merah dan biru pada dasar putih.

tengkolok3 tengkolok2

Kain stangan buatan Jawa Kain stangan buatan Kelantan

Aku pernah melihat gambar-gambar orang melayu yang berstangan iseh jenis batik ni pada awa
l tahun 1900 di Pahang dan N.Sembilan. Pada pengamatan aku, corak kainNya sama dengan corak kain stangan batik buatan jawa yang terdapat di Kelantan. Bahkan pada tahun 1975 semasa aku pergi ke sebuah sekolah dalam daerah Kuala Pilah sempena dengan ulangtahun ke 50 sekolah tersebut, aku dapati nekar-nekar makanan yang bertutup dengan saji, semuanya dibungkus dengan kain stangan buatan jawa. Mula-mula terbeliak juga butir mata aku melihat kain yang aku cari selama ini hanya dibuat pembalut nekar oleh orang kampung situ.

Memang betul dah apa yang ditulis oleh seorang belanda dalam sebuah buku yang mengatakan bahawa pada abad 19 kain batik dari lasem jawa telah di eksport ke Sumatera dan termasuklah ke Tanah Melayu melalui pelabuhan semarang dan ada juga kain ikat kepala dan selendang dengan hiasan tulisan arab untuk keperluan eksport ke Sumatera diproduksi di Ceribon. Patut la kain stangan ni ada juga coraknya yang bertulis dengan ayat qur’an. Masa aku masih kencing bercabang dulu, aku biasa la dengar orang2 tua kelate sebut ‘kain batik laksam’, aku ingat ko kain tu orang buat bungkus laksam, rupa2nya kain tu mari drpd Lasem jawa., bekadas molek…

Dalam buku istiadat mentabal KDYMM Al Sultan Ismail pada tahun 1921 pun ada tertulis tentang peraturan berpakaian semasa istiadat tersebut sebagaimana dibawah ini;

stangeiseh_0007

4. Kerabat2 ahli mesyuarat kerajaan – Dato’2 dan orang2 yang berpangkat di dalam jawatan kerajaan daripada bangsa melayu hendaklah memakai sama rupa pakaian melayu Kelantan dengan secukupnya bagaimana di bawah ini:-

a. Stangan kepala buatan Jawa. b. Baju kancing sebutir kain jerab. c. Baju dalam sutera tangan sekerat. d. Seluar sutera potongan Acheh. e. Ikat pinggang kain limar Kelantan. f. Keris pendek. g. Selendang kain sarung sutera Kelantan. h. Sepatu ( ? )

Sumber :

ATURAN – Bagi istiadat mentabalkan KDYMM Raja memakai gelaran ‘”Al Sultan Ismail” Kelantan dan memahkotakannya ( 1921 ) ms 26

Kalau tengok pada keterangan di atas, bermakna stangan iseh tempatan belum dibuat lagi pada masa itu. Aku tidak pasti bilakah stangan iseh tempatan mula dibuat di Kelantan. Adakah dibuat seiring dengan pembuatan kain seprah dan kain lapik meja yang bercorak batik. Atau pun kain seprah dan kain lapik meja ni diilhamkan dari kain stangan iseh batik buatan jawa, aku tak tahu belaka tuh. Cuma ada beberapa ciri perbezaan untuk kita nak kenal antara kain stangan buatan jawa dgn kain seprah. Aku pun tak pasti adakah kain stangan pesen ni masih dibuat lagi atau tidak di Jawa. Tiap2 kali g denun, pasti aku akan hungga ke toko batik, tp rasa supo takdok kkelih.

Bagaimana pun ada sejenis kain stangan lagi buatan melayu yang bentuk dan coraknya seakan-akan dengan stangan iseh buatan jawa ni dan kalau tak silap aku stangan yang jenis tu dipanggil stangan telepuk. Stangan ni aku rasa bukan dari jenis batik kerana bunga yang terdapat di atas kain itu berwarna emas dan di cop dengan menggunakan sarang kayu. Katanya bunga warna emas .ini dihasilkan
drpd perada terbang.

stangeiseh_0005 stange_0002

Kain lapik meja Kain seprah

tengkolok1 smuta

Kain batik sarong Kain batik ela

Bagaimana pun sekarang ini sudah agak susah aku hendak melihat orang memakai kain stangan iseh yang asli buatan jawa. Kalau ada pun hanya dimiliki oleh individu-individu tertentu dari kalangan puak2 bersilat sahaja yang diwarisi dari turun temurun. Boleh dikatakan semua orang yang aku lihat sekarang ini, ada diantaranya mengambil jalan mudah dengan mengiseh kain seprah, kain lapik meja atau kain2 dari jenis batik ela untuk mengganti kain stangan iseh batik. Bahkan sekarang ini orang sudah pandai mengguna kain yang jenis berkilat yang di import dari Thailand atau India. Kalu demo pakai hok bekilat ni, pakai baju putih pagoda, seluar jean, selindang kain batik sarong, bagi aku adalah satu kecanggungan yang amat sangat. Aku teringat ko kain pemekop sarang burung ketitir selalu…kita baso jenis minat ko barang ori gak payoh selalu, beraso sekok sebok sokmo..

Tp kalu kita tengok orang bersilat tari, kot2 mana pun dia akan cari jugak kain yang jenis batik ni,. tak kiralah kain seproh ko, kain alas meja ko, sarung bantal golek ko. Dia tidak akan semutar dengan kain lepas, padahalnyo kain lepas itu pun berfungsi sebagai kain ikat kepala juga. namun menggunakan kain batik lepas tidak sama sekali …..Haaaaaa bakpo????

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Lain-lain maklumat : Sila klik sini : Perhiasan Kepala (Malaysia PNM)

--------------------------------------------------------------------------------------------------



-------------------------------------------------------------------------------------------

Malay headdress maker wants to save the art from fading away

(Sumber artikel : The Star - sila klik sini)

Trying it on: Nik Hamid is seeing if the tengkolok is a good fit for Nik Haslan.
THE tradition of wearing the Tengkolok or the Malay headdress dates back to the times of the Malay sultanate.

Back then the headdress for men was a status symbol.

Only the rich wore it and more prominently it was part of the royal costume.

There were specially appointed skilled artisans to make Tengkolok for the Sultans in the palace.

The designs and shapes varied from state to state and each shape was folded in semblance of animals or abstract ideas, hence names like Lang Patah Sayap (eagle with broken wings), Ayam Patah Kepak (rooster with broken wings), Dendam Tak Sudah (unfinished business), Gajah Berjuang (elephants fighting) and Menyonsong Again (facing the wind).

“Today the Tengkolok remains as part of the royal ensemble.

“What the commoners wear are designs with a twist or have been modified from the original designs. They cannot wear the same designs worn by royalties,” said Tengkolok maker Nik Hamid Nik Mustafa.

The 54-year-old's interest in the art started off 30 years ago while he was still in Kelantan, dancing for a cultural troop.

Not the same type: the shape of the tengkolok varies from state to state as seen here.
“While in the group, we had to make our Tengkolok and that's how it started off.

“But there was no one to teach me. The one or two teachers that I discovered later had passed on too.

“So what I did was research. When I came down to Kuala Lumpur in 1975, I researched on photographs of various designs and through trial and error worked on getting it right and perfect,” said Nik Hamid who is working at the Seri Jemari Songket in Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Using Songket and other materials including cotton, Nik Hamid is an expert Tengkolok maker who had created headdresses for weddings, royal events and dancers in Istana Budaya. Before the discovery of Songket, Hamid said the Tengkolok was made from Indian materials and Chinese silk while the commoners used ordinary materials.

“Tengkoloks were made using Songket only about 200 years ago,” he said as he demonstrated how to make a Tengkolok.

Settling on a Dendam Tak Sudah design, Nik Hamid began his folding works expertly as two young learners Nik Haslan Hassan, 20, and Noor Shah Rizal, 21, watched enthusiastically.

The 31 X 31 Songket that Nik Hamid used was earlier starched and folded into two to form a triangle shape with hard collar paper in between before it was ironed and stitched at the sides.

Originally 45 X 45 material was used for Tengkoloks.

“With that you begin to fold it to the design that you want. It is not easy as you need to insert the wires at the right fold in order to keep the tengkolok in a particular shape.

“You also have to be careful with the needle as it goes through the hard paper. I have had needles go through my fingers many times while stitching.

Young learners: (From right) Nik Haslan and Noor Shah looking at Nik Hamid expertly folding a tengkolok.
“That’s why you don’t see women making Tengkolok. It requires physical strength too,” he said adding that it took him 15 years to perfect his folding skills.

Compared to those days, Nik Hamid said there were more creative Tengkolok designers these days and these Tengkoloks were made to last longer depending on its usage.

In an effort to preserve the art from dying, Nik Hamid is planning on getting a research fund from the Museum and Antiquity department to do a detailed research on the art from state to state.

After which, he planned to produce a demonstration CD on various styles of making the Tengkolok.

“Otherwise, this art will slowly fade off,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengkolok Diraja

(sumber asal - sila klik Sembang Kuala)

balong ayam

Balong ayam.

patah kepak

Ayam patah kepak.

lang menyonsong angin

Lang menyonsong angin.

According to legend, the first Sultan of Perak, Sultan Muzaffar Shah I ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (1528 – 1549) set sail to Perak to form the Perak Sultanate following an invitation by Tun Saban. Sultan Muzaffar was the second prince born to the last Sultan of Melaka, Sultan Mahmud Shah, who was then exiled to Johor following the fall of Melaka to the Portuguese. He carried on his ship many of the royal regalia of the Melaka Sultanate, including the Royal Crown of Melaka.

On nearing Perak, the ship carrying Sultan Muzaffar Shah entered shallow waters and was stuck. They decided to lighten the load of the ship to get the ship sailing again. Many of the items carried on the ship were thrown into the sea but the ship still refused to budge, until all that was left was the Royal Crown. The sea was pleased with the offering of the Royal Crown because the ship subsequently miraculously set sail on its own to Perak.

Sultan Muzaffar Shah saw the miracle as a sign, and he swore that he and his descendants would never wear a crown as Sultans, or never be crowned during their installation. This practice came to be followed by the Malay Sultans of the other states. Therefore, the Malay head-dress known as the Tengkolok came to be the replacement for a crown.

The styles, persons who are eligible to wear them and the colour normally associated with rank* are as follows:

1. DYMM Sultan – Balong ayam. White and gold.
2. DYTM Raja Muda – Ayam patah kepak. Yellow and gold.
3. DYAM Raja Di-Hilir – Lang Menyusun Angin/Lang Menyonsong Angin. Black and silver.
4. Empat Raja Bergelar – Lang sioh. Purple and silver.
5. Orang Besar Empat – Getam pekasam/Ketang pekasam. Green and silver.

[* In our opinion, adhering to a particular style may not be that strict, as seen from the photo of YAM Raja Di-Hilir Kamaralzaman in the previous post, where he is seen wearing a Balong ayam, but in the black/silver colour of a RDH Perak. - the Editors]

Other styles include Anak gajah menyusu and Pucuk Pisang Patah:

g pekasam g menyusu p pisang pth

From left: Getam pekasam, Anak gajah menyusu and Pucuk pisang patah.

[The black and white photos are taken from Hj Mubin Sheppard's 1962 article in Malaya In History, and the tengkoloks were tied by Tuan Hj Shukor bin Yusuf of Bukit Chandan, Kuala Kangsar.]

Reference:
1. Sheppard M. Malay tengkolok – Court head-dresses in Perak, Trengganu and Kelantan compared. Malaya In History. 1962; VIII (1): 32-36.
2. Tengkolok. Laman Rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak.

---------------------------------------------------------------------------

Pelbagai tengkolok : Riana Fotopages
Jenis Tengkolok : Khairul Azhar Multiply
Lagi pelbagai jenis tengkolok : Megat Panji Alam Multiply

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya"
------------------------------------------------------------------------
Dari fotopages Azlee



----------------------------------------------------------------------------------------

Set Tengkolok + Samping + talipinggang Songket RM100.00 (termasuk pos dalam semenanjung)

Dari blog - sila klik Cikgu Nasir


Saiz boleh laras












----------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini dahulu pencarian saya, ada masa nanti saya carikan lagi maklumat tentang tengkolok ini. Terima kasih.

Read more...

Saturday, July 10, 2010

Juara Gendang Silat KL 2010 (Peringkat Sekolah Menengah)

Beberapa hari yang lepas, pertandingan silat peringkat sekolah diadakan. Sayangnya, saya tidak dapat hadir atas tugasan lagi. Sdr Sharul dan pasukan gendang yang dilatihnya alhamdulillah mendapat tempat pertama. Semoga pelatih-pelatih gendang dari SMK Wangsa Maju Seksyen 2 akan terus berusaha dan berlatih. Paling penting dapat beristiqamah dalam bergendang sampai bila-bila andainya berkelapangan. Disamping itu, pasukan silat SMK ini juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam banyak katogeri - solo, tempur, masal : putera dan puteri meraih tempat yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada mereka dan jurulatih gendang silat dan silat. Tahniah dari KGGK. Semoga kalian meneruskan tradisi budaya Melayu ini, insya-Allah.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP